Advertise Here

Ceritera Ini

- Another Blogger Blog's


perasaan...

Kata orang, 'ikut hati mati, ikut rasa binasa'

* * *
huh..kata dasar 'perasaan' adalah RASA.. Jadi bagaimana ya?em,bagaimana yang bagaimana yang saya katakan ini? bagaimana yang saya makudkan di ini adalah...bagaimana kita berdepan dengan situasi yang melibatkan perasaan?..

'ikutkan hati,,aku nak je.....' dan mungkin, 'aku rasa macam nak.....'..mana satu pilihan anda tatkala menghadapi atau berdepan dengan situasi yang menaikkan tekanan darah anda?

akal pastinya dapat membezakan mana yang baik dan mana yang kurang baik,,tetapi,dua perkara yang saya sebutkan tadi terkadang telah mengambil peranan akal sepenuhya..
betul atau tidak?pandangan saya, ia sering berlaku,,pada diri saya juga.

* * *

Jika sedih melanda, keperluan diri di tolak tepi..jika marah,hamburan kata-kata yang kurang elok didengar..jika gembira,lupa untuk bersyukur..jika gagal,lupa untuk redha..

inilah manusia yang biasa...eh!manusia biasa?mengapa saya sepertinya mengkategorikan manusia ya?tidaklah layak sebenarnya saya ingin mengklasifikasi manusia,,namun,mudah mungkin bagi saya untuk menyampaikan apa yang mahu saya sampaikan di sini..

beginilah,,jadilah kita manusia yang luar biasa..luar biasa yang bagaimana?em..gemar sungguh saya bertanya kepada anda,,namun saya juga yang memberi jawapan..luar biasa di sini adalah, cara kita menghadapi situasi yang melibatkan perasaan. Apabila menghadapi situasi yang melibatkan perasaan, jika kita tidak berdepan dengan baik, bakalnya kita bisa menjadi seseorang yang lain terutama ketika marah menerjah.huh!

sebelum itu, perlu kita tahu bahawa perasaan ini jika terlalu diturutkan,,ia sebenarnya membawa kepada kemenangan syaitan..saya tidak berminat untuk mengupas secara lanjut kerana ilmu yang dangkal ini menyekat.Jadi, saat kita menghadapi perasaan kita, perlu kita melihat kepada hikmah perkara tersebut berlaku. Sama ada baik mahupun buruk,sedih,gembira,duka,suka dan sebagainya. Fikirlah secara raional dan jangan bertindak melulu akibat terpedaya dengan perasaan.

Seringkali kita menyesal dengan apa yang telah berlaku semasa perasaan menguasai diri. Yang baik boleh bertukar jahat, yang berkahwin boleh bercerai, yang tak kenal boleh kenal,yang baik boleh gaduh, yang gembira boleh menangis dan macam-macam lagi. Sarana yang boleh saya berikan di sini adalah kembalilah kepada Allah, pasti setiap yang berlaku ada hikmah tersembunyi. Sentiasalah mengingati Allah kerana 'dengan mengingati Allah, hati kan menjadi tenang'(13:28) .Jom berfikiran positif!




0 comments:

Post a Comment