hati..
Ada sepotong hadith yang mengutarakan tentang hati..mafhumnya,'dalam diri ini ada seketul daging yang jika ia baik, maka baiklah seluruhnya. jika tidak baik, maka tidak baiklah seluruhnya. daging itu adalah hati'..ya hati adalah raja bagi diri manusia.
* * *
Hati manusia hanya ada satu,sekeping,seketul...hati yang satu inilah yang benci,suka,geram,tabah,cinta,redha dan sebagainya..maka, apakah yang kita ingin mencmpur adukkan perasaan negatif dan positif dalam hati yang satu ini?manakah antara kedua ini yang lebih pantas mendiami hati kecil kita?tepuk dada,tanyalah iman kita..
Kesedaran,peranan akal dan peranan anggota, bagi saya berkait rapat dengan fungsi hati sebagai raja..apa ya yang dikatakan hati itu raja?suka saya tinggalkan persoalan ini untuk mencambah fikiran anda..tetapi,saya akan memberi sedikit analogi kepada idea cerita saya ini..
* * *
Jika seorang perokok mengetahui akan akibat merokok, iaitu timbulnya pelbagai penyakit yang bakal dihadapi bukan sahaja pada dirinya, tapi pada orang lain. Ia punya tekad mahu berhenti merokok. Namun hatinya tidak rela, adakah anggotanya akan berhenti dari merokok?
bukankah perbuatan itu lahirnya atau menzahirkan apa yang ada di hati?pendapat anda bagaimana?bukankah hati itu punya pengaruh yang beSar dalam diri kita?
Situasi di atas menggambarkan ikatan atau kaitan di antara kesedaran,peranan akal dan peranan anggota. Kesedaran yang ada jika tidak di sokong dengan hati dan juga akal yang waras, maka anggota akan menzahirkan yang negatif.setuju?oh,ini adalah pendapat saya sahaja.
* * *
Bagaimana ya mahu menjaga hati?seringkali kita punya kesedaran terhadap sesuatu terutamanya kesedaran mahu berubah. Tetapi, hati kecil ini tidak kuat untuk memaksa anggota melakukan..Jadi,bersihkanlah hati dengan berzikir mengingatiNya..jika anda pernah mendengar bait-bait lirik oleh kumpulan Opick..5 cara untuk menjaga hati..baca quran dan maknanya, olat malam(tahajud), bergaullah dengan orang2 soleh, berzikir dan berpuasa.
Inilah sedikit perkongsian saya buat anda..barangkali,post yang akan datang lebih memberi manfaat pada semua..mudah-mudahan..Jagalah hati, jangan kau kotori..dalam hidup kita, Allah bagi 2 jalan. Maka pilihlah jalan ketaqwaan dan singkirkan jalan kemungkaran.
Bersama kita menjaga hati yang Satu ini! kerana di situlah letaknya iman.

0 comments:
Post a Comment