Akhlak..ada apa dengan akhlak?
sebelum saya mengupas sedikit tentang akhlak, di sini ada saya sertakan beberapa makna akhlak dan peranannya dalam kehidupan kita.Mari!
Menurut Imam Al-Ghazali akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa. Daripada jiwa itu lahirlah perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran.
Menurut Ibnu Maskawayh pula mengatakan akhlak ialah suatu keadaan bagi diri atau jiwa yang mendorong (diri atau jiwa itu) untuk melakukan perbuatan dengan senang tanpa didahului oleh daya pemikiran kerana ianya sudah menjadi satu kebiasaan.
Peranan akhlak dalam kehidupan adalah menjadikan hubungan manusia dengan Allah S.W.T dan hubungan manusia sesama manusia berjalan dengan baik dan harmoni. .
* * *
Nah!kini anda mulai faham apa isu kali ini?
Kembali kepada persoalan saya sebentar tadi tentang, ada apa dengan akhlak? Mungkin ada diantara kita yang mengambil enteng tentang akhlak, lalu wujudlahlah masyarakat yang sekarang ini. Masyarakat yang membimbangkan Islam. Di sini,mungkin kita masih belum melihat kepentingan akhlak dalam kehidupan sehingga kita dapat mengamalkan akhlak yang sejajar dengan fitrah manusia iaitu menginginkan kebaikan. Tidak mengapa, bersama kita mentelaah sedikit tentang akhlak.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W, ' sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak '. Lihat! NAbi junjungan kita diutus adalah untuk menyempurnakan akhlak..tidakkah anda mula berfikir tentang pentingnya akhlak..dan mulianya akhlak. Sebelum melihat kepada kepentingan akhlak yang mulia, sukacitanya saya ingin menjelaskan sedikit tentang tujuan akhlak dalam hidup kita. Hal ini kerana, berbuat tanpa mengetahui tujuan berbuat hanyalah mengundang bahaya. Mengapa?anda fikirkan ya...
* * *
Tujuan kita belajar sesuatu ilmu itu adalah untuk mengamalkannya dalam kehidupan..kerana, ilmu tanpa amal itu ibarat pokok yang tidak berbuah..amat merugikan! Maka, tujuan kita belajar akhlak adalah untuk mengelakkan dari membezakan akhlak dan ibadah..WAh!apakah yang sedang saya katakan ini? begini, adakah anda percaya bahawa manusia itu mempunyai berbagai-bagai ragam? dan sebilangan daripada mereka mempunyai akhlak yang baik, tetapi ibadahnya? ataupun, anda atau kita ini mempunyai ibadah yang baik, tetapi akhak yang kurang baik? betul atau tidak? yang dapat saya perhatikan, terdapat hubungkan diantara situasi ini dengan peranan akhlak dalam kehidupan, iaitu hubungan manusia dengan Allah(habluminallah) dan hubungan manusia dengan manusia(habluminannas).
Fahami peribahasa ini, 'ketahuilah! bekerjalah sesukamu tetapi jangan meminta upah/gaji selagi kamu tidak mengetahui apa yang kamu kerjakan.' Adakah anda faham? baiklah, peribahasa ini menyampaikan mesej supaya kita menzahirkan apa yang kita cakap. Maka akhlak akan membantu kita untuk bertindak,bekerja dan berbuat. Bukan sahaja mengetahui sesuatu ilmu itu, tetapi berusaha nutuk melaksanakannya.
Tujuan terakhir mempelajari akhlak adalah untuk menghindari fitnah orang lain. Fitnah yang bagaimana?belajar pun fitnah ke? herm, situasinya seperti ini, seorang yang telah menunaikan haji dan lagi pula seorang ustaz, sanggup melemparkan tuduhan kepada tetangganya. Adakah kita melihat pak haji tersebut punya akhlak? bukankah ia menimbulkan ftnah kepada orang yang melihatnya?oh..anda jangan menyebarkan kepada pak haji-pak haji di luar tentang ini..kerana ini sekadar contoh untuk menjelaskan maksud saya. Jika anda faham dan punya contoh yang lain, silakan.
* * *
Kini, saya nak berkongsi kepada anda tentang keutamaan berakhlak mulia yang disabdakan oleh Nabi MUhammad S.A.W..
- 'tiada satu amalan seorang hamba yang paling berat timbangannya pd hari kiamat melebihi akhlak yang baik'-HR Abu Daud
- 'orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya'-HR Abu Daud
- 'penyebab utama masuknya manusia ke dalam syurga adalah bertaqwa kepada Allah dan kebaikan akhlaknya'-HR at-Tirmizi
- 'saya menjamin sebuah rumah yang plg tinggi tingkatannya di syurga bg orang yang berbudi pekerti'-HR Haitsami
Apalagi yang kita tunggu?
Hidup sebentar cuma, rupa akhlak yang manakah mahu kita tunjuk kepada Allah kelak? Terpuji atau keji? Bersama kita mempelajari akhlak2 Rasulullah kerana Saidatina Aisyah pernah mengatakan bahawa akhlak Rasulullah itu adalah al-Quran. Juga, firmanNya dalam surah al-Ahzab, 'sungguh, telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah' ayat 21.Wallahualam.

